Memang sama cantik dan sama padan sungguh Hanez Suraya dan Romie Razin ini. Setelah pelbagai kontroversi melanda, akhirnya Hanez dan Romie telah pun disatukan sebagai suami isteri semalam. Hanez kelihatan telah mengalirkan air mata selepas dirinya sah bergelar isteri kepada Romie. Pastinya Hanez terharu lebih-lebih lagi dengan kehadiran kedua-dua anak hasil perkahwinan Romie yang terdahulu.
Walaupun Abang Nara percaya ramai yang masih enggan menerima perkahwinan mereka, rasanya sudah tiba masa untuk kita melupakan apa yang terjadi. Hanez dan Romie telah pun sah bergelar suami isteri. Apa yang telah berlaku, jadikanlah pengajaran dalam hidup kita. Sama-samalah kita doakan agar mereka berdua kekal bahagia sehingga selama-lamanya.
Tahniah sekali lagi kepada Hanez dan Romie atas rumahtangga yang dibina ini. Semoga segera mendapat cahaya mata. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambarSyncImages, Avicenna dan MediaHiburan. Beautifulnara.com